Monday, December 06, 2010

MiMPi Lucah..

Malam tadi mimpi lucah..


Lucah = gigi + lu + pecah..


Lucah tu seekor kucing. kucing yang gigi taring nya dah pecah / patah

Thursday, December 02, 2010

RinDu ---> Boy



Sarah rindu kat boy..


Sampai habis botak bulu mata Boy gugur sebab Sarah setiap hari rindu kat Boy.


Tapi Boy buat-buat tak paham.


Sarah nak sedikit perhatian dari boy.


Tapi boy tak nak bagi.


Dia sibuk sangat. Sibuk dengan aktiviti lepas kerja. Main bowling.


Main game.

saya jatuh cinta

saya sudah jatuh cinta..


saya sudah jatuh cinta dengan kerja saya sekarang..


saya tak tau saya mampu tahan berapa lama disini..

Tuesday, November 30, 2010

Kamu yang Comel

Lupakan sekejap ‘sebuah kisah c****’..

Pagi tadi terbangun lambat nak g keja. Dalam kelam-kabut nak g kerja tu, masa turun tangga ada seekor kucing.. lebih kepada anak kucing yang dah besar sket la. Sempat la menyapa dan main-main kejap dengan kucing tu. Agak tertarik dengan kucing tu sebab kucing tu tak takut orang. Tak lari pun bila aku sapa. Kebiasaannya kucing-kucing kat kawasan perumahan tu semua akan lari bila orang cuba menyetuh mereka.

Kucing tu agak bersih muka dan badannya. Masa aku cuba angkat kucing tu, kucing tu sedikit mengerang seperti takut. Cehh dah lambat g keja pun sempat main ngn kucing. Suka punya pasal.. Bila dah diangkat baru perasan bahagian belakang kucing tu agak kotor dan comot, tak jadi nak peluk. Aku letak balik kucing tu elok-elok sambil pesan “balik nanti kita jumpa lagi ye awak yang comel”… dan aku pun terus turun tangga dengan agak laju, dah lambat kan. Kucing tu pun ikut aku turun sekali, cuba mengejar aku.

Tapi..

Tapi cara dia kejar aku sedikit lain. Dia turun n berlari dengan hanya menggunakan dua kaki depan sahaja. Bahagian belakang badan nya hanya di hempas ke lantai tangga tu.

Ya Allah.. Subhanaallah.. Bergenang air mata

Monday, November 29, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 5

Sehinggalah suatu hari Maia di hubungi oleh Kak Mel,  rakan sepejabat Qi. Maia sedikit pelik apabila tiba-tiba Kak Mel menelefon Maia bertanya khabar. Padahal hubungan nya dengan Kak Mel tidak lah begitu rapat. Sekadar makan semeja sekali jika Maia makan tengahari bersama Qi sekitar pejabat Qi. “lebih meriah jika makan ramai-ramai” kata Qi ketika Maia bertanya mengapa mengajak orang lain ketika mereka makan tengahari. Lebih pelik

Friday, November 26, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 4

Buat pengetahuan 'kisah c****' ini ditaip menggunakan telefon dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di dalam tren. Sampai loya-loya nak termuntah la menaip dalam tren yang bergoyang-goyang ni.
 Sambungan ‘kisah c****’..

Suatu hari, pengetua tadika tempat Maia mengajar telah memberi tugasan di luar kawasan. Maia dikehendaki menghadiri kursus anjuran kementerian pendidikan katanya. Pengetua memberi tugasan tersebut kepada Maia setelah melihat prestasi Maia sebagai guru sedikit merosot kebelakangan ini. Sambil-sambil berkursus boleh la Maia berjalan-jalan makan angin. Baik hati sungguh bos Maia ni. Kalau la bos aku camtuh...

Maia menerima tugas tersebut dengan sedikit berat hati kerana risau tidak mampu membawa tugas tu dengan baik. Namun demi tanggugjawab Maia turutkan juga. Tugasan luar kawasan itu telah membawa Maia ke selatan tanah air. Lagi la Maia risau. Tempat Saleem tu. Risau kalau akan terbuai dek kenangan dengan Saleem. Maia kuatkan semangat. Tugasan itu akan mengambil masa selama 5hari. Maia hanya berseorangan. 'Thanks ah pengetua. Dah la aku tengah serabut leh plak hantar aku sorang-sorang g kursus neh. Nasib baik leh claim' hati Maia berbisik. Maia telah check in ke hotel cap ayam. Murah sikit ye tak? Buat pe nak membazir...  

Wednesday, November 24, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 3

Atas permintaan ramai - ceh padahal Dat sorang je nak hahaha, kisah C**** akan disambung.. Enjoy!

Menyedari akan kesedihan Maia, teman rapat Maia banyak memberi kata-kata semangat. Malah anak murid Maia juga seolah-olah memahami Maia dalam keadaan sedih dan murung. Student Maia buat dek je bila Maia mengajar kerana mereka tahu banyak yang Maia ajar itu salah belaka.

Mereka tahu ajaran-ajaran Maia salah kerana Fendi salah seorang murid Maia telah pergi ke zoo bersama keluarganya. Apabila Fendi ternampak gajah terus fendi menjerit "ibu.. Ibu.. Tu mak bedah bu. Besarnya mak bedah bu!". Terkejut besar ibu kepada fendi lalu terus memarahi Fendi "Fendi. Kenapa cakap gajah tu ibu?! Dah jom balik!" Merah padam muka ibu Fendi yang bernama Puan Zabedah itu terus menarik tangan Fendi dan suaminya keluar dari zoo. Ibu Fendi sungguh terasa dengan kata-kata Fendi kerana beliau sememangnya seorang 3G - gemuk gempal gagah (sebab xberapa nak gebu). 

Tuesday, November 23, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 2

Seperti hari-hari sebelum nya, Maia seperti biasa menanti panggilan dari Saleem. Bukan Maia tak mahu call Saleem tapi sudah menjadi kebiasaan sampai sahaja Maia di tadika, Saleem akan menghubungi Maia. Tidak lama, cukup untuk bertanya khabar and say miz u luv u. 


Seminit bertukat sejam, sejam bertukar berjam-jam, namun panggilan dari Saleem tak kunjung tiba. Maia yang mula nya konon nak merajuk, tak jadi merajuk. Maia menghubungi Saleem. Namun tiada yang menyahut. Berulang kali Maia cuba menghubungi Saleem. 


Maia semakin gelabah mak bedah. Kerja pun tak fokus. Mengajar kat budak tadika pun melalut jadinya. Ade ke gambar gajah di katanya gambar mak bedah jiran sebelah rumah. Ish ish... Keadaan tu berlanjutan sampai berhari-hari. Kalau call pun dah xde bunyi beep- maknanya telefon Saleem dah tak de bateri. Maia cukup risau, dah pikir bukan-bukan. Setiap hari datang kerja dengan mata bengkak sebab tak cukup tidur dan menangis. 


Maia juga cuba menghubungi kawan kepada Saleem. Tapi menurut kawan Saleem yang agak kiut jugak tu dia pn tak dapat menembusi talian Saleem. Pehh 'menembusi' tu. Hahaha. Ok ok serius.

Monday, November 22, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 1

Sumaiyyah atau nama bandarnya Maia termenung. Bukan termenung di toilet tapi termenung mengadap siling bilik tidur. Tahun 2010 semakin ke penghujung. Maia mengimbas semula apa yang telah dia lalui sepanjang tahun 2010 ini. Kisah indah dan kisah tak berapa nak indah saling bercampur. 


Lalu fikiran Maia terkenang kembali kisah pengenalan tak di duga di antara dia dengan seorang jejaka bernama Saleem.  S & S gitu.. Bulan Januari detik pertemuan Maia n Saleem. Ketika itu Maia baru saje bekerja sebagai guru tadika setelah menamatkan pelajaran di maktab. Perkenalan yang bermula di laman sosial itu telah menemukan mereka face-to-face. Tidak terhenti di pertemuan pertama, hubungan mereka berlanjutan sehingga pertemuan kedua,ketiga, keempat dan seterusnya. 


Pada Maia, Saleem seorang yang baik, manja yet tegas. Maia pula seorang yang menghormati privacy seseorang. Lebih suka diberitahu dari bertanya. Walaupun jarang berjumpa disebabkan jarak mereka jauh seorang di utara seorang di selatan namun hubungan mereka lancar. Wpun perkenalan mereka singkat namun Saleem sangat prihatin terhadap Maia. Apa yang tidak mencukupi, akan ditambah oleh Saleem. 


Pernah Saleem mem-bank-in duit kepada Maia semata-mata menyuruh Maia membeli kipas kerana tidur Maia yang tidak nyenyak kerana kepanasan. 
Oh sweet bukan?
Dan pernah Saleem menghantar Maia balik kampung sehingga mak Maia menyangka Saleem adalah bakal menantu beliau. Oleh kerana ke-caring-an saleem membuatkan Maia jatuh hati kepadanya. Namun Maia pendam kan sahaja perasaan itu khuatir bertepuk sebelah tangan. Satu hari Saleem telah meng-sms Maia ajak couple. Maia terus setuju. Kemudian mereka berjumpa lagi dan lagi. 


Suatu hari, seperti pertemuan sebelum ni mereka berborak seperti biasa, menonton wayang, makan bersama n Saleem sempat membelikan sepasang kasut putih untuk Maia. 
Katanya 'baru la sepasang. Sama2 pakai kasut putih'. 
Oh sweet kn? 
Mana la Maia tak jatuh hati. Usai berjumpa melepas rindu menatap wajah sang kekasih, Saleem menghantar Maia pulang ke rumah. Masuk sahaja Maia ke dalam, Saleem telefon Maia bertanya sama ada sudah masuk ke rumah @ belum. Oh sweet sekali lagi bukan? 


Tapi itu sebenarnya kali terakhir Saleem menghubungi Maia.............

Thursday, November 11, 2010

Korang yakin ke dengan pelaburan Amanah Saham Bumiputera a.k.a. ASB ??


Salam..
Topic serius sikit kali ni.
Selalu bila jumpa kawan-kawan @ kakak-kakak kat office @ makcik-makcik kat mana2 terbukak topic bekerja mencari sesuap nasi dan of cos la the main topic is duit yang sentiasa tak cukup. Macam cik yan kita cakap konsep duit yang sentiasa tak cukup – konsep nya macam ni, gaji kecik ke gaji besar ke kita mesti selalu cakap duit kita selalu tak cukup. Mana tak nya, bila kita tau kita kerja kat company sekarang gaji lagi besar dari previous company, mula la kita demand. Beg tangan tak main ah uptown punya, sekarang nak yang ori beli kat klcc. Keta tak nak viva la vida, nak beli vios da valus. Ye tak??..

So bila cakap nak kawen tapi duit yang tak cukup-cukup ni maka akan terbukalah satu topic ni – “Ko ada akaun ASB??”
Again and again and again..

Aku tak bukak lagi. Kenapa tak bukak lagi? Ko tau tak cina kat luar tu kalau boleh bukak ASB dorang dah bukak dah. Sampai ada yang pinjam nama kat orang melayu sebab nak bukak ASB – ni orang lain yang cakap kat aku la.

Aku tak bukak lagi akaun ASB n maybe aku tak akan bukak. Sebab aku tak bukak-bukak lagi akaun ASB - aku tak yakin dengan hukum ASB ni. Aku ni dah la bukan stock yang baik-baik. Dengan dulu free hair nye. Aku takut if aku guna duit dari keuntungan ASB tu untuk kawen, nnt hubungan aku n suami bermasalah sebab tak berkat. And aku takut gak aku terbagi makan kat anak-anak aku nanti dari sumber yang tak di yakini. Cuak weh nak mati. Bekalan akhirat tuuuuu..

Banyak pendapat pasal ASB ni kat tenet. Boleh jenguk tenet kat sini, sini dan lain2. Macam-macam pendapat kan? So bila dah wujud banyak keraguan, so keyakinan tu pn kurang la. Ingat – matlamat tidak menghalalkan cara!. Memang ada sorang tokoh kewangan kot dari oversea, of cos la mat saleh, dia cakap ASB ni antara pelaburan yang terbaik di dunia. Memang la dia boleh bagi pendapat macam tu sebab dia tak bersunat masa kecik2 sebab dia BUKAN ISLAM.

Sejak aku mula kerja kat company saham ni baru aku tau banyak lagi pelaburan yang lebih islamik n meyakinkan. Kalau nak tau PM aku tapi aku bagi pendapat jela. Aku tak ambik untung pn. Yang membezakan ASB n others investment is ASB owned by government.

And ni pendapat aku – orang melayu sekarang macam terlalu taksub dengan ASB. Memang pulangan tu lumayan tapi lumrah la dengan orang melayu nak untung mudah + cepat. Tu yang masuk skim cepat kaya. Eh aku melayu la. Adeh sentap diri sendiri jap.

Tapi tau tak sebenarnya islam ada cara pelaburan yang lebih baik. Bukan melabur duit dalam akaun tapi dengan cara beli TANAH and pelaburan EMAS bukan zhulian tau. Aaa sila la rujuk kat buku @ tenet ye. Banyak lagi cara kan nak cari duit dari sumber yang diyakini + halal. Islam pun bagi guide – berniaga. Korang jual la ape2 pun, Jangan jual body dah la.

Apa-apa hal pun sila rujuk pada yang lebih arif bab-bab agama ni. Ni semua pendapat aku aje sebagai peringatan untuk aku sendiri and kawan2. Jangan saman aku!

Saturday, November 06, 2010

J U R A N G

Perjurangan ini menyeksakan.. Ku keliru adakah aku menjauhi atau mendekati mu. Setelah ku berjumpa dengan mu hati ku terasa kosong. Kau milik ku. Perjurangan ini menyeksakan..

Sunday, July 18, 2010

Si CiCaK KenTut

GeLi..Pernah x korang log in facebook pastu tengok wall korang camni :


Sam Kecut --> Senah Semput :
Oh Senah Semput.. Kaulah kekasih sejati ku. Relaku pujuk cintamu. Cintamu mekar di hati ku. Oh bukan cinta biasa Senah Semput. Cyg, papa syg sgt kat cyg..


Comment

-Siput Sedut : jiwang nye korang
-Senah Semput : ni la tanda nya kitorang bahagia.. hik hik
-Sam Kecut : Mana ade jiwang. Special untuk cyg baby.
-Senah Semput : thanks abg Sam cyg..
-Sam Kecut : Abg pn cyg Senah..
-Lipan Kobeng : Wahh korang bahagianya.. cepat2 la kawen.
-Betik Purple : eiyuu jiwang

-Sam Kecut : Betik purple ko dengki apasal? Aku syg kn Senah. Kn baby cyg?

……

Nama dan watak rekaan semata-mata.

Monday, July 12, 2010

tuJuh iTu SeVen

alamak sorry cekkeya.. sangat perasan busy.. sampai tak sempat nak hapdet blog ngan reply tag ko tu..

ok 7 things about me..

1. aku pernah jadi model bikini

2. no 1 tu palsu semata


3. aku suka kucing @makan angin @makan free @basuh toilet @jenjalan


4. aku tak makan fish cake @fish ball @ikan lembik tapi aku makan 'fish n chips'


5. no 3, 4 betul belaka


6. aku orang perempuan @wanita @gadis


7. aku .... (teka @ isi tempat kosong.. jawapan paling best, dapat hadiah misteri)


no 7 tu serius.. letak "aku ...." kat kuMenT ey

Thursday, June 17, 2010

KiSaH 1

Riz anak kak long aku yang sulung umur 5tahun, Zan(4tahun) pulak anak kak long yang second.

masa kak long aku pregnant anak yang ketiga, abang ipar (Abang Long) aku berborak la dengan zan yang membahasakan diri nya ‘Adik’.

Abang Long: Adik.. dalam perut mama ada baby..

Zan hanya mengangguk buat-buat tak dengar..

Abang Long aku cakap lagi “nanti kalau baby dah keluar, adik dah tak boleh panggil ‘adik’ lagi.. sebab nanti baby baru kena panggil adik..”

Then abang long aku tanya “kalau baby nanti dah keluar panggil ‘adik’, habis tu adik nak panggil adik ape?”

Zan jawab “panggil NENEK jela” dengan muka selamba n tak bersalah..

Monday, June 07, 2010

LBS vs Nanny McPhee

Yaww..

last Friday nite, kami (F, F and M) gi sunway pyramid nak layan mid nite movie. Cam nak layan Robin Hood tapi tak de midnite punya. Yang ada Lagenda Budak Setan (LBS), Nightmare of Elm Street, 2 filem tamil, mamaduke and nanny mcPhee .

Then nak tengok LBS si F tu dah plan nak tengok next week ngn awek dia. Nak layan NES tinggal seat depan je. Tak nak la mendongak layan cite seram. Then kami pun decide layan Nanny McPhee.. mamat kaunter tiket tu cakap citer tu klakar. Masuk2 je cite tu dah start 5 minit. Haishh masuk lambat plak. Cite tu memang klakar giler! Part paling kelakar bial budak2 tu kejar piglet then piglet tu renang berirama dalam kolam. Cam siot je. Walaupun geli tengok ‘vavi’ kan tapi still boleh layan n memang kalakar.

N hari ni bila review filem LBS memang cam tak menyesal tak layan LBS malam tu. Most of orang yang dah layan movie LBS tu frust belaka. Hehehe .. so Nanny McPhee is the winner.

waNiTa punYe!!

Ingat tak dulu2 kakak kita mintak kita g kedai beli pad. Bukan test pad tapi ‘tuala wanita’.. Kalau akak aku yang no.3 tu siap demand macam2. Beli yang ‘maxi’ ade ‘wing’ tau. Aku yang tak tau ape jadah ‘pad’ tu dengan gumbira g kedai runcit ah chong ( bukan nama sebenar). Bukan happy sebab nak beli pad tapi sebab dapat keluar naik beskal g kedai, nanti boleh beli aiskrim ke, jajan ke. Hehh.. Pastu bini Ah Chong tu bungkus pad tu ngan surat khabar lama. Hehe cam lawak. Aku ade 3 orang kakak, so memang selamba la aku jadi mangsa beli bendalah tu.
Sekarang ni cam selamba je siap buat iklan terang2an kat tv.

Wednesday, June 02, 2010

SayU -> SeDiH -> SenGaL



Semalam hari terakhir colleague aku Mr.H keja sini… Die dapat job baru. Pada hari aku dapat tau yg dia resign , boss yang bagitau. Masa tu juz aku ngan boss. “H already resigns. So another 3 @ 4 weeks he will leave”. Masa tu aku cam tegamam.. Terdiam. Kalau cicak kentut pn boleh dengar punya la. Aku duduk lama kat bilik boss tu. Cam nak tanya “why he leaving?? Why??”. Tapi disebabkan aku dipanggil masuk bilik boss sebab dia nak tegur kesalahan yang aku buat dalam 1 projek tu, so jadi cam malu nak tanya lebih2.
N pagi tadi masa tengah bancuh air kat pantry H lalu sebelah ,
- “Today is my last day.”..
- Aku cam “haaaa?? Today? OK. Why u leaving?”
- “I got better offer maa”
- “where?”
- “G..”
- “Hermm no geng to gaduh2 la..”

tHe 'C' DaY

Ahha.. bulan Mei ni cam bulan yang agak busy bagi saye. 10-12 Mei g pulau Perhentian. 22 Mei convo.. n keje yang sangat berlambak kat office. N actually bulan sengkek.. banyak duit habis bulan ni. G perhentian je habis lebih kurg rm400. Convo lagi.

Tu pun my mum yang remind ‘dah ade baju convo?’.. hah? Baju convo?? Eheh baru teringat kisah kengkawan yang cam gelabah ready baju untuk di pakai masa hari convo tu. Macam la nampak. Jubah kn besar n labuh.. n encik emak la yang sentiasa me-remind pasal convo neh.. ikut kan hati jantung x nak bagi dorang datang sebab terbayang keadaan yang sesak serabut n terpaksa beratur nak masuk dewan. Haishh kesian.

Tapi disebabkan encik mak yang cam excited nak datang n this only my convo since saye xde diploma @ master. Just ade degree je. So u r welcome la emak. N untuk tunjukkan saye juge cam excited g convo neh saye pn membeli dan belah duit2 saye untuk beli baju + kasut + selendang convo. No sponsor anymore ok. Thanks to my fashion advisor miss Fatehah nandos..

Hari convo tu cam biase la. Sesak serabut panas berpeluh2.. tp xpela since once in life. Thanks to parents yg sudi datang n my bro as parent’s driver. N to kengkawan ‘ The triple F’ jugak Mr.Fuad the photographer, Miss. Fatehah @ photographer assistant n to ehemm Mr.Farid thanks for the gorgeous flower..

PuLaU PeRHeNTiaN's TriP

Perhentian 1 2 3.. roger perhentian 1 2 3..
Kembali bersama dalam rancangan jalan-jalan naughty-naughty..
Menaip dlm keadaan ke-blur-an n kepeningan selepas dilambung ombak selame 3hari n kesejukan aircond office..
Aaa bukan curi tulang ye.. Boss x bagi job lagi since saye dah siap kn keje yang sepatutnya siap dalam 2minggu setengah sebelum g bercuti 3hari 3malam kat Terengganu .
Ye! Saye ambik cuti 3hari beb…


DAY 1
Rombongan meminang Cik Penyu kat Pulau Perhentian seramai 14 orang. 8 laki 6 pempuan. Acltly trip ni lebih sesuai dipanggil ‘Couple’s Trip’. Coz masing2 bawak awek/balak n im the only single girl there. Can imagine how I feel?? Cam siot la.. Konvoi 3 kereta. Wira, waja n Matrix. Saye naik wira.
Kitorang bertolak malam ahad. Lebih kurang kul 11 baru masuk highway karak. Malam tu cam xde ape sangat juz kereta wira ni memberi ‘hiburan’ kat kitorng coz temperature tetiba naik n turun sesuka hati die.. Ada la berenti2 coz encik driver nak rest2 jap @ tukar driver. N ade jugak brenti sebab co-driver nak teberak! Of cos la saya bukan 1 of those drivers haha n sepanjang perjalanan tu langsung xbley tido!
Sampai Kuala Terengganu n nak ke Jeti Pulau Perhentian (PP) tu dah subuh. After solat subuh terus g jeti n naik boat g PP kul 8.30 n take about sejam to PP.
Weeee….Yeay…. Sampai PP jugak akhirnya.. Kitorang stay kat chalet Fauna PP Besar. Sampai je terus tukar baju n KECEBOOOOOOORR mandi sebab geram gile tengok air laut yang jernih n boleh nampak cik Ikan main2..

Friday, April 02, 2010

SentAp - mEnyEntaP - tErSEntAp ' V 4.0 '

9.25 am. Pagi yang cerah..
Berjalan dengan pantas dari parking ke office..  Konon-konon dah terlambat nak masuk office.. Padahal boleh je masuk lambat.. Konon nak jadi pekerja berdedikasi.. Eh jap jap tengok cermin keta kancil ni jap, senget plak tudung aku ni.. Sambil betulkan tudung sambil berjalan n x tengok depan.. .
.
.
.
Oo MAKKKKKK!!!


BeSt kaH aKu??

Aku seorang yg cukup-agak-sangat perahsia.
Bila ade masalah, aku akan pendam habis-habisan..
Kalau boleh di simpan dalam bank masalah aku ni, aku akan simpan..
Yg orang nampak just mata aku yg berair n bengkak..
Yg orang dengar hanya esak tangis n hingus yg di hembus..
Sesetengah orang agak bengang ngan sikap aku neh.
Yela menangis bagai nak rak, muka down gila babeng,
 bila lepak ramai2 boleh plak ko tengok cicak beromen bergaduh kat siling.. 
Bila member tanya ko jawab “aku ok la.. ha tengok aku sengih neh.. ngeeeee..”
Ko ingat member ko budak2??
Pastu siap post kat fesbuk “im broken heart”
Bila member2 comment tanya yg ala2 ambik berat la,
ko reply “hee adela..rahsia”
Baik ko xpayah post..
marah betul aku kat diri aku sendiri
Hahaha

TekA-TeKi teKa TekuK

Apa benda yang kita patuh sangat?
Kalau dia kata ( x semestinya ia berkata2) camtu, camtu la kita buat.
Dah macam tuhan la benda ni.  Tapi suruhan tuhan pun ade yang tinggal, ape ntah lagi benda ni la kn..
N sapa yg x patuh mesti akan dapat balasan..
Ape benda ni?
(Benda ni boleh jadi binatang,@ orang @ objek @ etc)

Hint : xde hint

Monday, March 22, 2010

SentAp - mEnyEntaP - tErSEntAp ' V 3.0 '

Some one telah membuat otak aku serabut + kalut + parut + sengal..

Then...

bangkit dari katil ingin menunaikan solat maghrib..
ke toilet nk ambik wuduk, sebelum tu gosok gigi dulu..
ikut Sunnah Nabi..
maka bersugi lah aku..
"kenapa ubat gigi ni x sejuk, dh expired ke?"
....
owhh otak ko yg nk expired kot..
yg ko g bubuh 'nivea facial foaming wash' kat berus gigi ko pehal??

huh~~

Eh .. Eh.. ErrRrR..



perkara yang jarang aku nampak kat tengah2 bandar shah alam neh
tak kesah la kalau orang lain selalu jek nampak..

1. nampak lori bawak kire-kire 5 ekor lembu..
waaa rase macam nk bawak motor belakang lori tu n beborak ngan lembu2 tsebut..
"ape perasaan encik lembu naik lori n bsiar2 di highway shah alam ni?"
"encik lembu sehat ka?"
"saya selalu g keje lalu jalan neh. tp tak pernah nampak encik lembu lalu di sini,
encik lembu ni asal dari mana n hendak ke mana?"
"encik lembu nampak tough n hensem la hari ni"
"dah biase ke naik lori ni? tak mabuk ke?"
"sebelah encik lembu ni anak ke bini ke adik beradik?"
"encik lembu tengah makan ape tu? sedap ke? nampak masyuk je makan tu"

BuRuJ : ScoRpio? BuKaN.. 'KauNTer PerTanyaAn'


Baru ni aku balik kampung.
Kes ni start dari aku tunggu bas yg pertama dari rumah sewa aku sampai la ke stesen pudu
n sekembalinya aku dari desa ke kota (desa, kota la sangat….).
Adakah parut2 jerawat kat muka aku ni membentuk suatu simbol penunjuk arah
seperti mana bintang2 di langit membentuk simbol penunjuk arah bagi pelayar dan pengembara? Seolah-olah muka aku ade simbol ‘kaunter pertanyaan’ gitu..
Xpercaya?? Percaya la.. Bukti nya..

TiPs - HiLanGkaN BosaN sEmaSa MemAnDu @ MenUmPang

Eheh aku baru balik dari kampung.
Masa dalam bas x boleh tido, so otak tibe2 tringat cara aku memandu.

Tips yang aku nak share ni dah selalu gak la aku buat.
Korang boleh apply semasa korang memandu kereta @ menunggang motor.
Di sebabkan aku ni perempuan, so tips ni banyak yg boleh apply kat perempuan jela.
Tapi kalau laki nak buat pn apa salah nye kn..

1. Kene suit (pronounce : su – wit)..
Ala suit ala2 phewitt tp yang bunyi cam cencorot @ trompet yang tersumbat tuh..
Korang jangan buat2 malu @ perasan cun bila kene suit tu,
tp korang suit balik kat mamat yg suit korang tu.

2. Kalau korang kene hon dek mamat yang naik kereta kancil @ kenderaan seumpanya,
then mamat tu tsengih sambil lambai korang, korang hon n lambai semula kat dorang..


Tuesday, February 23, 2010

SentAp - mEnyEntaP - tErSEntAp ' V 2.0 '

..

Senah : Mak oi Limah.. bilik kau sepah gile.. ari tu aku dtg pn cm ni gak..

Limah : Kenapa? Ni bilik kau ke?

Senah: ~

Monday, February 22, 2010

SentAp - mEnyEntaP - tErSEntAp

( maya & senah)


senah jom lepak..


jom..ahh jap maya..sebelum lepak baik solat isya dulu..
balik kang senang.. terus tido..


betul jgk.. aku pn nk isya dulu la..


....


senah.. cepat la. lapar dah ni..


yela.. ala malas  nak iron tudung..
xyah la pakai...
tp rambut serabai la pulak.. ah biarla.
bukan aku nak tayang rambut.. + xde orang nak ngorat pny. 
aku bkn cantek pn..

Sunday, February 21, 2010

paDan ngan muKe..

Suatu ketika dulu..


seorang girl, Shasha ( bukan name betul) bengang ngan member laki die, Kasim (bukan name betul jgk)..
Diorang ni kawan jela....


cara Shasha marah = diam.. 


Kasim : " bukan awek aku pn aku nk pujuk.."


cam sengal kan..


sekarang...


Kasim tengah tension ngn personal matter,
sebok cari Shasha nk luah .. 




padan muke






kesimpulan : Kasim - jangan belagak n jangan perasan hensem +  bagus..



p/s: Shasha future husband - hensem bai.......