Showing posts with label tHinK. Show all posts
Showing posts with label tHinK. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

Korang yakin ke dengan pelaburan Amanah Saham Bumiputera a.k.a. ASB ??


Salam..
Topic serius sikit kali ni.
Selalu bila jumpa kawan-kawan @ kakak-kakak kat office @ makcik-makcik kat mana2 terbukak topic bekerja mencari sesuap nasi dan of cos la the main topic is duit yang sentiasa tak cukup. Macam cik yan kita cakap konsep duit yang sentiasa tak cukup – konsep nya macam ni, gaji kecik ke gaji besar ke kita mesti selalu cakap duit kita selalu tak cukup. Mana tak nya, bila kita tau kita kerja kat company sekarang gaji lagi besar dari previous company, mula la kita demand. Beg tangan tak main ah uptown punya, sekarang nak yang ori beli kat klcc. Keta tak nak viva la vida, nak beli vios da valus. Ye tak??..

So bila cakap nak kawen tapi duit yang tak cukup-cukup ni maka akan terbukalah satu topic ni – “Ko ada akaun ASB??”
Again and again and again..

Aku tak bukak lagi. Kenapa tak bukak lagi? Ko tau tak cina kat luar tu kalau boleh bukak ASB dorang dah bukak dah. Sampai ada yang pinjam nama kat orang melayu sebab nak bukak ASB – ni orang lain yang cakap kat aku la.

Aku tak bukak lagi akaun ASB n maybe aku tak akan bukak. Sebab aku tak bukak-bukak lagi akaun ASB - aku tak yakin dengan hukum ASB ni. Aku ni dah la bukan stock yang baik-baik. Dengan dulu free hair nye. Aku takut if aku guna duit dari keuntungan ASB tu untuk kawen, nnt hubungan aku n suami bermasalah sebab tak berkat. And aku takut gak aku terbagi makan kat anak-anak aku nanti dari sumber yang tak di yakini. Cuak weh nak mati. Bekalan akhirat tuuuuu..

Banyak pendapat pasal ASB ni kat tenet. Boleh jenguk tenet kat sini, sini dan lain2. Macam-macam pendapat kan? So bila dah wujud banyak keraguan, so keyakinan tu pn kurang la. Ingat – matlamat tidak menghalalkan cara!. Memang ada sorang tokoh kewangan kot dari oversea, of cos la mat saleh, dia cakap ASB ni antara pelaburan yang terbaik di dunia. Memang la dia boleh bagi pendapat macam tu sebab dia tak bersunat masa kecik2 sebab dia BUKAN ISLAM.

Sejak aku mula kerja kat company saham ni baru aku tau banyak lagi pelaburan yang lebih islamik n meyakinkan. Kalau nak tau PM aku tapi aku bagi pendapat jela. Aku tak ambik untung pn. Yang membezakan ASB n others investment is ASB owned by government.

And ni pendapat aku – orang melayu sekarang macam terlalu taksub dengan ASB. Memang pulangan tu lumayan tapi lumrah la dengan orang melayu nak untung mudah + cepat. Tu yang masuk skim cepat kaya. Eh aku melayu la. Adeh sentap diri sendiri jap.

Tapi tau tak sebenarnya islam ada cara pelaburan yang lebih baik. Bukan melabur duit dalam akaun tapi dengan cara beli TANAH and pelaburan EMAS bukan zhulian tau. Aaa sila la rujuk kat buku @ tenet ye. Banyak lagi cara kan nak cari duit dari sumber yang diyakini + halal. Islam pun bagi guide – berniaga. Korang jual la ape2 pun, Jangan jual body dah la.

Apa-apa hal pun sila rujuk pada yang lebih arif bab-bab agama ni. Ni semua pendapat aku aje sebagai peringatan untuk aku sendiri and kawan2. Jangan saman aku!

Sunday, July 18, 2010

Si CiCaK KenTut

GeLi..Pernah x korang log in facebook pastu tengok wall korang camni :


Sam Kecut --> Senah Semput :
Oh Senah Semput.. Kaulah kekasih sejati ku. Relaku pujuk cintamu. Cintamu mekar di hati ku. Oh bukan cinta biasa Senah Semput. Cyg, papa syg sgt kat cyg..


Comment

-Siput Sedut : jiwang nye korang
-Senah Semput : ni la tanda nya kitorang bahagia.. hik hik
-Sam Kecut : Mana ade jiwang. Special untuk cyg baby.
-Senah Semput : thanks abg Sam cyg..
-Sam Kecut : Abg pn cyg Senah..
-Lipan Kobeng : Wahh korang bahagianya.. cepat2 la kawen.
-Betik Purple : eiyuu jiwang

-Sam Kecut : Betik purple ko dengki apasal? Aku syg kn Senah. Kn baby cyg?

……

Nama dan watak rekaan semata-mata.

Monday, July 12, 2010

tuJuh iTu SeVen

alamak sorry cekkeya.. sangat perasan busy.. sampai tak sempat nak hapdet blog ngan reply tag ko tu..

ok 7 things about me..

1. aku pernah jadi model bikini

2. no 1 tu palsu semata


3. aku suka kucing @makan angin @makan free @basuh toilet @jenjalan


4. aku tak makan fish cake @fish ball @ikan lembik tapi aku makan 'fish n chips'


5. no 3, 4 betul belaka


6. aku orang perempuan @wanita @gadis


7. aku .... (teka @ isi tempat kosong.. jawapan paling best, dapat hadiah misteri)


no 7 tu serius.. letak "aku ...." kat kuMenT ey

Thursday, June 17, 2010

KiSaH 1

Riz anak kak long aku yang sulung umur 5tahun, Zan(4tahun) pulak anak kak long yang second.

masa kak long aku pregnant anak yang ketiga, abang ipar (Abang Long) aku berborak la dengan zan yang membahasakan diri nya ‘Adik’.

Abang Long: Adik.. dalam perut mama ada baby..

Zan hanya mengangguk buat-buat tak dengar..

Abang Long aku cakap lagi “nanti kalau baby dah keluar, adik dah tak boleh panggil ‘adik’ lagi.. sebab nanti baby baru kena panggil adik..”

Then abang long aku tanya “kalau baby nanti dah keluar panggil ‘adik’, habis tu adik nak panggil adik ape?”

Zan jawab “panggil NENEK jela” dengan muka selamba n tak bersalah..

Monday, June 07, 2010

waNiTa punYe!!

Ingat tak dulu2 kakak kita mintak kita g kedai beli pad. Bukan test pad tapi ‘tuala wanita’.. Kalau akak aku yang no.3 tu siap demand macam2. Beli yang ‘maxi’ ade ‘wing’ tau. Aku yang tak tau ape jadah ‘pad’ tu dengan gumbira g kedai runcit ah chong ( bukan nama sebenar). Bukan happy sebab nak beli pad tapi sebab dapat keluar naik beskal g kedai, nanti boleh beli aiskrim ke, jajan ke. Hehh.. Pastu bini Ah Chong tu bungkus pad tu ngan surat khabar lama. Hehe cam lawak. Aku ade 3 orang kakak, so memang selamba la aku jadi mangsa beli bendalah tu.
Sekarang ni cam selamba je siap buat iklan terang2an kat tv.

Friday, April 02, 2010

BeSt kaH aKu??

Aku seorang yg cukup-agak-sangat perahsia.
Bila ade masalah, aku akan pendam habis-habisan..
Kalau boleh di simpan dalam bank masalah aku ni, aku akan simpan..
Yg orang nampak just mata aku yg berair n bengkak..
Yg orang dengar hanya esak tangis n hingus yg di hembus..
Sesetengah orang agak bengang ngan sikap aku neh.
Yela menangis bagai nak rak, muka down gila babeng,
 bila lepak ramai2 boleh plak ko tengok cicak beromen bergaduh kat siling.. 
Bila member tanya ko jawab “aku ok la.. ha tengok aku sengih neh.. ngeeeee..”
Ko ingat member ko budak2??
Pastu siap post kat fesbuk “im broken heart”
Bila member2 comment tanya yg ala2 ambik berat la,
ko reply “hee adela..rahsia”
Baik ko xpayah post..
marah betul aku kat diri aku sendiri
Hahaha

TekA-TeKi teKa TekuK

Apa benda yang kita patuh sangat?
Kalau dia kata ( x semestinya ia berkata2) camtu, camtu la kita buat.
Dah macam tuhan la benda ni.  Tapi suruhan tuhan pun ade yang tinggal, ape ntah lagi benda ni la kn..
N sapa yg x patuh mesti akan dapat balasan..
Ape benda ni?
(Benda ni boleh jadi binatang,@ orang @ objek @ etc)

Hint : xde hint

Monday, March 22, 2010

Eh .. Eh.. ErrRrR..



perkara yang jarang aku nampak kat tengah2 bandar shah alam neh
tak kesah la kalau orang lain selalu jek nampak..

1. nampak lori bawak kire-kire 5 ekor lembu..
waaa rase macam nk bawak motor belakang lori tu n beborak ngan lembu2 tsebut..
"ape perasaan encik lembu naik lori n bsiar2 di highway shah alam ni?"
"encik lembu sehat ka?"
"saya selalu g keje lalu jalan neh. tp tak pernah nampak encik lembu lalu di sini,
encik lembu ni asal dari mana n hendak ke mana?"
"encik lembu nampak tough n hensem la hari ni"
"dah biase ke naik lori ni? tak mabuk ke?"
"sebelah encik lembu ni anak ke bini ke adik beradik?"
"encik lembu tengah makan ape tu? sedap ke? nampak masyuk je makan tu"

BuRuJ : ScoRpio? BuKaN.. 'KauNTer PerTanyaAn'


Baru ni aku balik kampung.
Kes ni start dari aku tunggu bas yg pertama dari rumah sewa aku sampai la ke stesen pudu
n sekembalinya aku dari desa ke kota (desa, kota la sangat….).
Adakah parut2 jerawat kat muka aku ni membentuk suatu simbol penunjuk arah
seperti mana bintang2 di langit membentuk simbol penunjuk arah bagi pelayar dan pengembara? Seolah-olah muka aku ade simbol ‘kaunter pertanyaan’ gitu..
Xpercaya?? Percaya la.. Bukti nya..

Tuesday, February 23, 2010

SentAp - mEnyEntaP - tErSEntAp ' V 2.0 '

..

Senah : Mak oi Limah.. bilik kau sepah gile.. ari tu aku dtg pn cm ni gak..

Limah : Kenapa? Ni bilik kau ke?

Senah: ~

Monday, February 22, 2010

SentAp - mEnyEntaP - tErSEntAp

( maya & senah)


senah jom lepak..


jom..ahh jap maya..sebelum lepak baik solat isya dulu..
balik kang senang.. terus tido..


betul jgk.. aku pn nk isya dulu la..


....


senah.. cepat la. lapar dah ni..


yela.. ala malas  nak iron tudung..
xyah la pakai...
tp rambut serabai la pulak.. ah biarla.
bukan aku nak tayang rambut.. + xde orang nak ngorat pny. 
aku bkn cantek pn..

Sunday, February 21, 2010

paDan ngan muKe..

Suatu ketika dulu..


seorang girl, Shasha ( bukan name betul) bengang ngan member laki die, Kasim (bukan name betul jgk)..
Diorang ni kawan jela....


cara Shasha marah = diam.. 


Kasim : " bukan awek aku pn aku nk pujuk.."


cam sengal kan..


sekarang...


Kasim tengah tension ngn personal matter,
sebok cari Shasha nk luah .. 




padan muke






kesimpulan : Kasim - jangan belagak n jangan perasan hensem +  bagus..



p/s: Shasha future husband - hensem bai.......

Thursday, September 10, 2009

SeMuT GiLe..



Seorang fasilitator memberi arahan,
"Semua peserta di minta buat bulatan... baik, ditangan ana ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah antum semua.. antum akan dapat sorang satu.. gula-gula ni, ana letakkan kedalam plastik.. and then ana masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak ana letakkan di atas kerusi plastik ni...

... baik, di tangan kanan ana pula ada satu wisel... yang mana bila saja ana tiup wisel nie... ana nak setiap daripada antum memiliki sorang sebijik gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua"
ketua fasilitator memberikan arahan kepada para peserta.
“ok bersedia?”
“BERSEDIA!!!. .” Jerit peserta kegairahan..

Prittttt!!! wisel dibunyikan.. .

maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa gula...

Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada didalam keadaan tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencut-hencut, ... ada yang mengaduh kesakitan... ada yang melonjak kegirangan kerana mendapat lebih daripada sebiji gula-gula.. ada yang bersedih kerana tidak dapat gula-gula...

keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut. .. kotak dan plastik yang diletakkan gula-gula berkecai... dan bertaburan di sana-sini... kerusi yang digunakan untuk meletakkan kotak gula2 tersebut patah kaki kerusinya...

Baik... semua dapat gula-gula?”

Dapat!!!” jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...
Takk!!!” jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula..

Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap peserta?... ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih... cepat pulangkan!!” bebel ketua fasilitator

Baik... ana nak tanya.. apa arahan ana mula-mula tadi?”

Ambil gula-gula!” jerit peserta kegirangan.. .

OOoo... baik.. ana nak tanya... ada tak ana suruh antum berebut-rebut macam budak kecik?”

errr... takk….”, jawab peserta dalam keadaan serba salah

Kan ana dah kata.. bila ana tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula... tak boleh ker kalau lantik ketua di antara antum kemudian beri sorang satu.... atau.. antum semua beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr??” suara ketua fasilitator sedikit meninggi..

peserta semua diam sambil menundukkan kepala..

nih tengok nih... plastik hancur.... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!! ada ana suruh antum buat semua nih??? ha??”

semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah..
“takk..”

ana nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??”

10 sen..”

baik… berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?.... lebih dari 10 sen atau kurang dari 10 sen?”

Lebih..”

dah tu?? antum semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kerana gula-gula 10 sen nih??”

peserta semua terdiam...

inilah realiti hidup antum!.. antum sanggup rosakkan perkara-perkara yang berharga dalam hidup antum semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!.. cuba antum semua bayangkan.. gula-gula ni adalah kenikmatan sementara di dunia nih... plastik yang menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah amalan antum di dunia..... kotak ni pulak... agama antum.. dan kerusi ni pulak adalah ganjaran syurga yang menanti antum... tengok apa dah jadi??!”

para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi yang telah patah kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang...

kerana kenikmatan di dunia sementara... antum telah hancurkan amalan soleh... antum menghancurkan agama... dan kerana keseronokkan juga antum hancurkan ganjaran syurga yang menanti antum...!” suara fasilitator agak meninggi..

peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi....

tuh, tengok sahabat-sahabat antum.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap kena pijak.. ada yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia antum semua ni hah? kerana gula-gula sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri..”

air mata semakin deras mengalir di pipi..

ketua fasilitator menganggkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan gula-gula tadi..

Nih tengok... baca! apa yang tertulis..??” ketua fasilitator menunjukkan cebisan kotak yang tertulis
"BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN"

Ha! kalau yang antum rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula beracun! his.. apa nak jadi dengan atum semua nih... ok dah.. sapa yang tak dapat tadi... pembantu fasi.. tolong bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang satu...”

ok baik... sekarang.. ana nak antum pilih pasangan masing-masing. ..”

dah..” jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing

ok baik.., sekarang ana nak.. antum buka pembalut gula-gula tuh... and then.. sambil merenung mata pasangan masing-masing. .. suapkan gula-gula tu kepada pasangan masing-masing. . sambil ucap...” "ana uhibbuka jaidd jiddan"

maka sekali lagi dewan tu menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil menyuapkan gula-gula kepada pasangan masing-masing. ..

"Ok dah suap?"

"Dah..." jawab peserta kegirangan

Baik.. antum lupa ka?? kan ana dah tunjuk kotak tadi ada tulisan “BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN”, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?”

er... dah ustaz suruh??”

aik? kalau ana suruh suap racun kat kawan pon ikut jugak? antum xleh nak pikir ker.. yang mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?”

hurm...” kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah..

"isk.. yang anta suap kat ana sapa suruh? ana makan la.."
"yang anta pi makan tu sapa suruh.."
" dah anta suap.."

dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan dihadapan atum dan ucapkan..” "jazakallah"

maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing. ..

dah peluk...?” soal ketua fasilitator

dah...” jawab peserta dengan ringkas.

aih?... antum semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat anta tadi suap gula-gula beracun? sahabat anta tuh nak bunuh anta.. anta boleh ucapkan terima kasih... siap peluk lagi?” Soal ketua fasilitator

alamak! terkena lagi... isk..” keluh peserta..

"ni lah realiti antum sebagai manusia di bumi Allah nih.. walaupun kekadang sahabat yang tak boleh pakai... ajak anta buat maksiat.. ajak ke jalan kemungkaran. .. anta tak reti nak tolak.. atau mempunyai satu pendirian.. tu yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai kawan yang merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan akhlak antum dengan mengajak antum buat bende tak senonoh... tapi, antum masih anggap dia kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la.. understanding lah... isk isk isk... dah la duduk lah..."

"err... para peserta masih berdiri"

"tak pe lah..

lah.... ana kata duduk.. duduk la.."

"tak per lah ustaz... kami nak berdiri jerk.."

"pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut antum lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita teruskan dengan LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan duduk.."


3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang selebihnya.. berdiri...

"erm.. yang duduk tu sure ke ana suruh duduk..?" soal ketua fasilitator

"er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri"

"aik? ana tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?"

"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah.."

"oh pulak.. ikut antumlah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa... takut nak terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3 kali Allah uji... dah putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan Qadar..."

"alamak.. kena lagi..." para peserta mengeluh kerana salah memilih...

ketua fasilitator. . tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para peserta duduk bagi meneruskan acara seterusnya..

p/s:credit to 'mijot'

Thursday, February 19, 2009

sejadah + telekung...

sume tahu kite wajib tunaikan solat 5 waktu..
tp bkn aku nk tny ckup ke x solat korg nih?
aku nk tny bp kali sepanjang hayat korang bsuh sejadah + telekung korang?
n surau2 kat shoping complex..

eheh cm xsesuai je aku tny benda2 ni kn??
yela aku ni dh ah pesen fly the tudung..

aku post psl ni sbb smlm aku p sunway pyramid n solat zohor kat surau jusco dlm sunpi tuh.
surau tu juz blh muat 4org je...
sblh surau tu ade toilet yg sgt la luas bgande2 dr surau tu..
telekung die MasyaAllah...
tpkse je pakai..

dlm solt tu tpkse thn nafas.
mudah2an Allah terime solat aku tuh.

antara surau kat shoping complex
-mid valley (surau OK , telekung OK)
-sogo ( surau OK, telekung OK)
-sacc mall ( surau OK, cantek tp telekung xbrape OK)
-pas ( surau luas tp xbp bersih n telekung kotorr)
-kl sentral ( surau ok tp tlekung x bp best)
-central market ( surau OK, telekung OK)
-sungei wang ( surau blh tahan la, tlekung ok kot)
-selayang mall ( surau nun kat atas ngn parking lot cm kat pas, surau OK tp tlekung cm hampeh)

kesimpulannye--- mane2 shoping comples ade suaru tp kbnyknnye kecik n telekung yg xbp nk best. pdhal kat mlysie ni kn rmai org islam...

nk pegi mn2 bwk tlekung sendiri. sejadah pn same.

ok skrg nk tny bape kli sepanjang hayat korg bsuh sejadah + telekung??
dlm seminggu @ sebulan @ setahun @ 22tahun bp kali bsuh sejadah + telekung?
bandingkan pulak dgn dlm semunggu @ sebulan @ setahun @ 22 tahun, bp kali korg bsuh bju @ beli bju nk p clz, bju jmp awek @ pakwe?

cmne keadaan korg sebelum jmp KEKASIH AGUNG n cmne pulak keadaan korg bl jmp awek @ pakwe korg?
wangi? busuk? bgun tido xmandi xgosok gg lg? pakian bru? telkung sebulan x basuh? sejadah cmne pulak?

hemmmmmmmmm......

Monday, February 16, 2009

my 1st entry....Bismillah....




ahahh...

cekkeya! patik telah mnunaikan hajat tuan hamba untuk menengok blog patik..
sila la tengok puas2...

post 1st entry ni patik nk cite sket psal kegilaan patik terhadap makhluk tuhan yg seksi nih..

K.U.C.I.N.G.

K U ku , C I N G cing, meowww..

nih antara pics feveret patik..