Tuesday, November 23, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 2

Seperti hari-hari sebelum nya, Maia seperti biasa menanti panggilan dari Saleem. Bukan Maia tak mahu call Saleem tapi sudah menjadi kebiasaan sampai sahaja Maia di tadika, Saleem akan menghubungi Maia. Tidak lama, cukup untuk bertanya khabar and say miz u luv u. 


Seminit bertukat sejam, sejam bertukar berjam-jam, namun panggilan dari Saleem tak kunjung tiba. Maia yang mula nya konon nak merajuk, tak jadi merajuk. Maia menghubungi Saleem. Namun tiada yang menyahut. Berulang kali Maia cuba menghubungi Saleem. 


Maia semakin gelabah mak bedah. Kerja pun tak fokus. Mengajar kat budak tadika pun melalut jadinya. Ade ke gambar gajah di katanya gambar mak bedah jiran sebelah rumah. Ish ish... Keadaan tu berlanjutan sampai berhari-hari. Kalau call pun dah xde bunyi beep- maknanya telefon Saleem dah tak de bateri. Maia cukup risau, dah pikir bukan-bukan. Setiap hari datang kerja dengan mata bengkak sebab tak cukup tidur dan menangis. 


Maia juga cuba menghubungi kawan kepada Saleem. Tapi menurut kawan Saleem yang agak kiut jugak tu dia pn tak dapat menembusi talian Saleem. Pehh 'menembusi' tu. Hahaha. Ok ok serius.



Suatu hari ketika Maia mula pasrah, Maia cuba menghubungi Saleem menggunakan telefon teman serumah nya. Sedetik... Dua detik.. Ti....
 "Hello.." Kedengaran suara Saleem. Suara yang agak ceria.. 
Maia tergamam.
 "Hello. Siapa ni?" Sekali lagi suara Saleem kedengaran.
 "Hello Saleem.." Maia membalas. 
"Owhh hello." Saleem menjawab tapi dalam nada yang berbeza. Nada yang perlahan - nada kurang ceria. 
Maia terdiam. 
Saleem bersuara lagi "Hello.. Hellooo..." – suara semakin jauh dan tutt... tutttt.. tutttt. 


Talian telefon tiba-tiba putus.


 Maia cuba menghubungi Saleem sekali lagi menggunakan nombor yang sama - nombor telefon teman serumah. Tetapi talian tidak berjawab.. Berhamburan air mata Maia kerana faham lah Maia yang Saleem tidak mahu lagi di hubungi atau pun ayat lagi sadis, 'ko bukan awek aku lagi. Jangan cari aku lagi.'..  Berbulan Maia merana. Puas di tanya kepada Saleem melalui pesanan mesej ringkas namun 1 pn tidak berbalas. Bukan mahu menagih simpati, hanya mahukan jawapan kenapa di perlakukan sebegitu - di tinggalkan secara tiba-tiba tanpa sebab.




Setelah berbulan ditinggalkan tanpa jawapan, Maia semakin tabah dan pasrah yang Saleem bukan lah jodoh nya. Malah Maia bingung memikirkan apa yang perlu dilakukan dengan barang-barang pemberian Saleem seperti kipas, baju, kasut dan bantal tido, sama ada buang atau terus digunakan.


Maia redha walaupun di dalam hatinya masih lagi ada rindu dan kasih memandangkan hubungan dia dengan Saleem dolu tak pernah ada pertengkaran. Kenangan indah dan ke-caringan Saleem sentiasa bermain di kotak memory bukan dalam fon memory card ye. Satu hari ketika sedang menggodek2 muka-buku, Maia TERgodek muka-buku Saleem. Tu la.. Sape suruh tak private kan...  Disaat itu....berderau darah Maia melihat dinding muka-buku Saleem.
.
.
.
.
.
.

'In relationship with Cik Bedah'. 
'Anniversary Nov 2009'. 
.
.
.
.
.

Maia hampir mengalirkan air mata namun Maia puas kerana Maia sudah mendapat jawapan yang di cari-cari selama ini. Sedar la Maia selama ini rindu dan kasih yang di ucapkan oleh Saleem palsu belaka. Jika itu sebab nya Maia pasrah lagi. Tapi dia bingung jugak, kalau stakat nak main-main kan perasaan kenapa terlalu berani berjumpa mak Maia, kenapa terlalu banyak menabur wang kepada Maia dan macam-macam lagi. Bukan Maia pernah mintak semua tu.. Entah la bedah.


- tamat.

4 comments:

  1. cepat2..part 3 plak..hehhe makin menarik tertarik kau memang dabommmmm...:D

    ReplyDelete
  2. dattttt hahaha takde part 3 daa... dah tamat. bawah tu kan dah tulis

    ReplyDelete
  3. harap2 nih bukan citer cinta sebenar. sadis seyh.

    saleem,sila jangan kejam sangat. ;)

    ReplyDelete
  4. cekkeya : maaf mengecewakan ko yan. ini kisah tak berapa nak benar setelah di olah dari kisah benar.

    cett bunyi nak serius

    ReplyDelete

please leave your comment.. thank you!