Tuesday, November 30, 2010

Kamu yang Comel

Lupakan sekejap ‘sebuah kisah c****’..

Pagi tadi terbangun lambat nak g keja. Dalam kelam-kabut nak g kerja tu, masa turun tangga ada seekor kucing.. lebih kepada anak kucing yang dah besar sket la. Sempat la menyapa dan main-main kejap dengan kucing tu. Agak tertarik dengan kucing tu sebab kucing tu tak takut orang. Tak lari pun bila aku sapa. Kebiasaannya kucing-kucing kat kawasan perumahan tu semua akan lari bila orang cuba menyetuh mereka.

Kucing tu agak bersih muka dan badannya. Masa aku cuba angkat kucing tu, kucing tu sedikit mengerang seperti takut. Cehh dah lambat g keja pun sempat main ngn kucing. Suka punya pasal.. Bila dah diangkat baru perasan bahagian belakang kucing tu agak kotor dan comot, tak jadi nak peluk. Aku letak balik kucing tu elok-elok sambil pesan “balik nanti kita jumpa lagi ye awak yang comel”… dan aku pun terus turun tangga dengan agak laju, dah lambat kan. Kucing tu pun ikut aku turun sekali, cuba mengejar aku.

Tapi..

Tapi cara dia kejar aku sedikit lain. Dia turun n berlari dengan hanya menggunakan dua kaki depan sahaja. Bahagian belakang badan nya hanya di hempas ke lantai tangga tu.

Ya Allah.. Subhanaallah.. Bergenang air mata
aku n bergenang sekali lagi ketika menaip tulisan ini.. Kedua-dua kaki belakang kucing itu tidak berfungsi. Bayangkan anak kucing yang comel dan bersih dan lembut bulunya tu menghempas badan belakangnya ketika menuruni tangga. Patutla bahagian belakang nya comot. Apa yang buat aku agak sayu ialah kuatnya semangat anak kucing tu.Masih comel n masih mahu bermain-main n agak aktif. Apa yang Allah anugerahkan kat anak kucing tu? Sama ada tidak dikurniakan perasaan atau pun ntah la..

Aku agak sensitive bab-bab kucing neh. Sorry kalau overacting. nanti kalau dapat jumpa lagi makhluk yang comel tu aku snap pic  dia.

Kucing yang comel.. balik keja ni nak jumpa kamu lagi ye. Nanti orang belikan friskies.

No comments:

Post a Comment

please leave your comment.. thank you!