Wednesday, November 24, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 3

Atas permintaan ramai - ceh padahal Dat sorang je nak hahaha, kisah C**** akan disambung.. Enjoy!

Menyedari akan kesedihan Maia, teman rapat Maia banyak memberi kata-kata semangat. Malah anak murid Maia juga seolah-olah memahami Maia dalam keadaan sedih dan murung. Student Maia buat dek je bila Maia mengajar kerana mereka tahu banyak yang Maia ajar itu salah belaka.

Mereka tahu ajaran-ajaran Maia salah kerana Fendi salah seorang murid Maia telah pergi ke zoo bersama keluarganya. Apabila Fendi ternampak gajah terus fendi menjerit "ibu.. Ibu.. Tu mak bedah bu. Besarnya mak bedah bu!". Terkejut besar ibu kepada fendi lalu terus memarahi Fendi "Fendi. Kenapa cakap gajah tu ibu?! Dah jom balik!" Merah padam muka ibu Fendi yang bernama Puan Zabedah itu terus menarik tangan Fendi dan suaminya keluar dari zoo. Ibu Fendi sungguh terasa dengan kata-kata Fendi kerana beliau sememangnya seorang 3G - gemuk gempal gagah (sebab xberapa nak gebu). 
Fendi termangu-mangu tidak mengerti apa yang terjadi dan hampir menitiskan air mata kerana sakit tangan nya ditarik. Ayah Fendi hanya tersengih. Sampai di rumah Fendi menonton rancangan wonder pet yang kebetulan wonder pet sedang menyelamatkan seekor anak gajah. Baru lah Fendi tahu gajah itu gajah bukanlah mak bedah seperti yang di ajar gurunya Maia. Kembali ke tadika Fendi menghasut rakan-rakan nya bermain jika Maia mengajar. 

Berbalik kepada Maia, semakin hari semakin pulih dari kesedihan yang membelenggu diri nya. Berkat doa dan sokongan dari teman-teman rapat Maia berjaya melupakan Saleem dan pintu hati ny seolah-olah tertutup rapat untuk seorang lelaki. Sebulan, dua bulan dan seterusnya sehinggalah suatu hari .....

bersambung..

1 comment:

  1. wah2..bgs2..lawak la..mak bedah = gajah..hahaha..cepat2 smabung lagi..ni pendek sgt xsempat nak feel..kekke

    ReplyDelete

please leave your comment.. thank you!