Monday, November 22, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 1

Sumaiyyah atau nama bandarnya Maia termenung. Bukan termenung di toilet tapi termenung mengadap siling bilik tidur. Tahun 2010 semakin ke penghujung. Maia mengimbas semula apa yang telah dia lalui sepanjang tahun 2010 ini. Kisah indah dan kisah tak berapa nak indah saling bercampur. 


Lalu fikiran Maia terkenang kembali kisah pengenalan tak di duga di antara dia dengan seorang jejaka bernama Saleem.  S & S gitu.. Bulan Januari detik pertemuan Maia n Saleem. Ketika itu Maia baru saje bekerja sebagai guru tadika setelah menamatkan pelajaran di maktab. Perkenalan yang bermula di laman sosial itu telah menemukan mereka face-to-face. Tidak terhenti di pertemuan pertama, hubungan mereka berlanjutan sehingga pertemuan kedua,ketiga, keempat dan seterusnya. 


Pada Maia, Saleem seorang yang baik, manja yet tegas. Maia pula seorang yang menghormati privacy seseorang. Lebih suka diberitahu dari bertanya. Walaupun jarang berjumpa disebabkan jarak mereka jauh seorang di utara seorang di selatan namun hubungan mereka lancar. Wpun perkenalan mereka singkat namun Saleem sangat prihatin terhadap Maia. Apa yang tidak mencukupi, akan ditambah oleh Saleem. 


Pernah Saleem mem-bank-in duit kepada Maia semata-mata menyuruh Maia membeli kipas kerana tidur Maia yang tidak nyenyak kerana kepanasan. 
Oh sweet bukan?
Dan pernah Saleem menghantar Maia balik kampung sehingga mak Maia menyangka Saleem adalah bakal menantu beliau. Oleh kerana ke-caring-an saleem membuatkan Maia jatuh hati kepadanya. Namun Maia pendam kan sahaja perasaan itu khuatir bertepuk sebelah tangan. Satu hari Saleem telah meng-sms Maia ajak couple. Maia terus setuju. Kemudian mereka berjumpa lagi dan lagi. 


Suatu hari, seperti pertemuan sebelum ni mereka berborak seperti biasa, menonton wayang, makan bersama n Saleem sempat membelikan sepasang kasut putih untuk Maia. 
Katanya 'baru la sepasang. Sama2 pakai kasut putih'. 
Oh sweet kn? 
Mana la Maia tak jatuh hati. Usai berjumpa melepas rindu menatap wajah sang kekasih, Saleem menghantar Maia pulang ke rumah. Masuk sahaja Maia ke dalam, Saleem telefon Maia bertanya sama ada sudah masuk ke rumah @ belum. Oh sweet sekali lagi bukan? 


Tapi itu sebenarnya kali terakhir Saleem menghubungi Maia.............

No comments:

Post a Comment

please leave your comment.. thank you!