Monday, November 29, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 5

Sehinggalah suatu hari Maia di hubungi oleh Kak Mel,  rakan sepejabat Qi. Maia sedikit pelik apabila tiba-tiba Kak Mel menelefon Maia bertanya khabar. Padahal hubungan nya dengan Kak Mel tidak lah begitu rapat. Sekadar makan semeja sekali jika Maia makan tengahari bersama Qi sekitar pejabat Qi. “lebih meriah jika makan ramai-ramai” kata Qi ketika Maia bertanya mengapa mengajak orang lain ketika mereka makan tengahari. Lebih pelik
apabila tiba-tiba Kak Mel bertanya sama ada hubungan Maia dengan Qi ok atau tidak. "bukan ape Maia, akak nampak Qi banyak termenung dua tiga hari ni”.. jawab kak Mel selepas di tanya oleh Maia mengapa bertanya tentang hubungan  Qi dan dia. Maia yang lurus itu terus mengatakan yang hubungan mereka tiada masalah. Cuma kebelakangan ini Maia perasan yang Qi semakin jarang menghubungi Maia. Mesej tidak berbalas, call tidak berjawab. Maia tidak menaruh syak kerana berpendapat Qi sibuk dengan kerja nya sebagai seorang penjaga pam minyak petronas. Bukan pengurus stesen minyak ye.

Setelah tamat perbualan dengan kak Mel, Maia terus menghubungi  Qi. Setelah di asak dengan banyak soalan baru lah Qi menjawab “Maybe im not ready for relationship..” Qi ber’speaking’ semakin fasih kerana sering ber’speaking’ dengan bangla seangkatan di tempat kerja. Maia terdiam tetapi tidak marah. Maia cuba memahami. Mungkin Qi memerlukan lebih ruang dan memantapkan kewangan dia, mungkin bekerja part time sebagai pembersih tangki Indah Water sebagai pendapatan tambahan. “tak pe la kalau macam tu. Saya faham. Take your time. I’ll wait for you” suara Maia perlahan. Terus talian telefon dimatikan oleh Qi. Namun tiada kata MAAF ataupun SORRY sama ada dari mulut mahupun text sms dari Qi. Maia berfikiran positive. Mungkin dia terlalu serabut. “Takpelah” bisik Maia.


Namun Maia sedikit pelik kerana tiada sebarang pertelingkahan di antara diri nya dengan Qi. Apa yang membuatkan Qi membuat keputusan seperti itu? Maia buntu. Tiba-tiba nama kak Mel muncul di fikiran. Terus Maia menghubungi kak Mel. Setelah habis menceritakan tentang keputusan yang Qi inginkan, kak Mel bersuara perlahan, “Akak harap Maia bertenang. Sebenarnya Maia, Qi kembali semula kepada kekasih lamanya. Ala awek yang tinggalkan dia dulu kononnya sebab tak ready for relationship tu padahal ada jantan lain. Mesti Qi ada cite kat Maia kan?? Eii tak guna betul! Tak serik! Tak ambik pengajaran! Dah la guna alasan yang sama macam betina tu. What goes around comes around. Akak saje tipu Maia cakap akak nampak dia termenung tapi sebenarnya akak nampak dia bergayut tersengih-sengih sampai merah-merah muka. Banyak kali.. Sabar ye Maia. Akak tau Maia kuat. you are strong girl!” dalam memujuk ade jugak batu api Kak Mel neh.. 

Maia terdiam. 

Diam… 

silent..

diam..

tapi...

Maia maki dalam hati “cilakak punya jantan. Kalau ye pun kau nak balik awek yang pernah buang ko cam sampah dulu, cakap jela kat aku. Terus terang jela. Kalau ko pilih dia tak kan la aku nak meroyan paksa ko terima aku. Jangan la tipu aku cinabeng!!!!! Dah la terus senyap je, mintak maaf pun tak!! Dah la pendek. Memang setaraf dengan ‘kerbau pendek’..wane kulit pun lebih kurang ngan 'kerbau pendek' tu. goreng pon ko sorang je yang nak makan”  

Maia tersedar terus beristighfar berulang kali.. 

Hati Maia pedih.



please leave your comment =D

4 comments:

  1. wah..igt dia ngan qi..huhu..xpe2..ada lelaki lain lg..teruskan..makin menarik..:)

    ReplyDelete
  2. woitttt, amaran berjaga jaga ye maia, Qi tuh pakwes ai.... jangan rampas dari ai. hahaha

    ReplyDelete
  3. cian kt maia..xpe2, bkn jodoh dia tu

    ReplyDelete
  4. cekkeya : asalnye aku nak letak nak kak mel tu 'kak yan' tapi xjadi. hahaha

    anonymous : siapakah anda?hehe

    ReplyDelete

please leave your comment.. thank you!