Salam..
Topic serius sikit kali ni.
Selalu bila jumpa kawan-kawan @ kakak-kakak kat office @ makcik-makcik kat mana2 terbukak topic bekerja mencari sesuap nasi dan of cos la the main topic is duit yang sentiasa tak cukup. Macam cik yan kita cakap konsep duit yang sentiasa tak cukup – konsep nya macam ni, gaji kecik ke gaji besar ke kita mesti selalu cakap duit kita selalu tak cukup. Mana tak nya, bila kita tau kita kerja kat company sekarang gaji lagi besar dari previous company, mula la kita demand. Beg tangan tak main ah uptown punya, sekarang nak yang ori beli kat klcc. Keta tak nak viva la vida, nak beli vios da valus. Ye tak??..
So bila cakap nak kawen tapi duit yang tak cukup-cukup ni maka akan terbukalah satu topic ni – “Ko ada akaun ASB??”
Again and again and again..
Aku tak bukak lagi. Kenapa tak bukak lagi? Ko tau tak cina kat luar tu kalau boleh bukak ASB dorang dah bukak dah. Sampai ada yang pinjam nama kat orang melayu sebab nak bukak ASB – ni orang lain yang cakap kat aku la.
Aku tak bukak lagi akaun ASB n maybe aku tak akan bukak. Sebab aku tak bukak-bukak lagi akaun ASB - aku tak yakin dengan hukum ASB ni. Aku ni dah la bukan stock yang baik-baik. Dengan dulu free hair nye. Aku takut if aku guna duit dari keuntungan ASB tu untuk kawen, nnt hubungan aku n suami bermasalah sebab tak berkat. And aku takut gak aku terbagi makan kat anak-anak aku nanti dari sumber yang tak di yakini. Cuak weh nak mati. Bekalan akhirat tuuuuu..
Banyak pendapat pasal ASB ni kat tenet. Boleh jenguk tenet kat sini, sini dan lain2. Macam-macam pendapat kan? So bila dah wujud banyak keraguan, so keyakinan tu pn kurang la. Ingat – matlamat tidak menghalalkan cara!. Memang ada sorang tokoh kewangan kot dari oversea, of cos la mat saleh, dia cakap ASB ni antara pelaburan yang terbaik di dunia. Memang la dia boleh bagi pendapat macam tu sebab dia tak bersunat masa kecik2 sebab dia BUKAN ISLAM.
Sejak aku mula kerja kat company saham ni baru aku tau banyak lagi pelaburan yang lebih islamik n meyakinkan. Kalau nak tau PM aku tapi aku bagi pendapat jela. Aku tak ambik untung pn. Yang membezakan ASB n others investment is ASB owned by government.
And ni pendapat aku – orang melayu sekarang macam terlalu taksub dengan ASB. Memang pulangan tu lumayan tapi lumrah la dengan orang melayu nak untung mudah + cepat. Tu yang masuk skim cepat kaya. Eh aku melayu la. Adeh sentap diri sendiri jap.
Tapi tau tak sebenarnya islam ada cara pelaburan yang lebih baik. Bukan melabur duit dalam akaun tapi dengan cara beli TANAH and pelaburan EMAS bukan zhulian tau. Aaa sila la rujuk kat buku @ tenet ye. Banyak lagi cara kan nak cari duit dari sumber yang diyakini + halal. Islam pun bagi guide – berniaga. Korang jual la ape2 pun, Jangan jual body dah la.
Apa-apa hal pun sila rujuk pada yang lebih arif bab-bab agama ni. Ni semua pendapat aku aje sebagai peringatan untuk aku sendiri and kawan2. Jangan saman aku!
jangan sibuk nak melabur nak untung kat dunia sampai lupa pelaburan akhirat
ReplyDeletewah, sejak sejak baru kerja kat tmpt saham nih. ahahaha
ReplyDeletep/s: aah kan. aku pun terpk gak. ada akaun, tapi tuh dulu masa kecik2 punye. skang ntah ke mana. haha
yan! xde makne ny. almost setahun aku keja tak kan la lepas keja compny skrg baru aku tau psl asb neh..
ReplyDeleteooo..camtu..
ReplyDelete