Friday, November 26, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 4

Buat pengetahuan 'kisah c****' ini ditaip menggunakan telefon dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di dalam tren. Sampai loya-loya nak termuntah la menaip dalam tren yang bergoyang-goyang ni.
 Sambungan ‘kisah c****’..

Suatu hari, pengetua tadika tempat Maia mengajar telah memberi tugasan di luar kawasan. Maia dikehendaki menghadiri kursus anjuran kementerian pendidikan katanya. Pengetua memberi tugasan tersebut kepada Maia setelah melihat prestasi Maia sebagai guru sedikit merosot kebelakangan ini. Sambil-sambil berkursus boleh la Maia berjalan-jalan makan angin. Baik hati sungguh bos Maia ni. Kalau la bos aku camtuh...

Maia menerima tugas tersebut dengan sedikit berat hati kerana risau tidak mampu membawa tugas tu dengan baik. Namun demi tanggugjawab Maia turutkan juga. Tugasan luar kawasan itu telah membawa Maia ke selatan tanah air. Lagi la Maia risau. Tempat Saleem tu. Risau kalau akan terbuai dek kenangan dengan Saleem. Maia kuatkan semangat. Tugasan itu akan mengambil masa selama 5hari. Maia hanya berseorangan. 'Thanks ah pengetua. Dah la aku tengah serabut leh plak hantar aku sorang-sorang g kursus neh. Nasib baik leh claim' hati Maia berbisik. Maia telah check in ke hotel cap ayam. Murah sikit ye tak? Buat pe nak membazir...  


Keesokannya, Maia telah menghadiri kursus tersebut. Itu pun setelah puas menapak mencari bangunan tempat kursus itu di jalankan. Sampai di meja pendaftaran baru lah Maia sedar kursus itu bukanlah seperti yang dinyatakan oleh pengetua iaitu 'perkembangan minda kanak-kanak' tapi kursus pengurusan jenazah'. Maia terus menghubungi pengetua untuk meminta pengesahan. Kedengaran suara pengetua ketawa terkekek mengetawakan diri nya. "Tak pe la Maia. Kursus tu 2 hari je. Selebih nya awak pergilah bercuti. Hahaha adeh. Sakit perut saya tahan gelak. " Muka Maia merah menahan marah. Namun cakap pengetua tu ada betulnya. Tak pelah kalau belajar uruskan jenazah. Fardu kifayah tu. Nasib baik Maia pakai baju kurung.

Ketika kursus itu di jalankan Maia telah berkenalan dengan seseorang.. Lelaki..

Jeng..jeng..jeng..



Jejaka tersebut bernama Qi.. Ceh name cam mamat blogger boy daa. Perkenalan secara tak sengaja semasa kursus. Qi memulakan langkah dengan mintak muka-buku Maia. Zaman sekarang orang mitak muka-buku dulu baru mintak nombor telefon. Betul tak? Pada Maia paras rupa Qi tidak la berapa menarik. Biasa-biasa je. Muka melayu. Bertubuh redang tidak berapa tinggi. Seorang yang mementingkan jenama dalam pemakaian. Berkulit sedikit gelap. Tapi itu tidak penting bagi Maia. Orang nak berkawan, layan jela. Bukan nak mintak pinjam duit berjuta kan.


Maia cam layan tak layan je. Tapi takde la Maia rasa terpaksa bila berborak dengan Qi melalui muka-buku. Seronok jugak melayan Qi. Melalui muka-buku, baru la Maia tahu Qi rupa-rupanya kawan kepada teman serumah  , Uniey namanya. Sebut betul- betul – yuuuniii.. Melalui Uniey, tahu la Maia yang Qi ingin  meneruskan hubungan sahabat kepada hubungan yang lebih serius dengan Maia. Ala-ala boleh tukar status dari ‘single’ kepada ‘In relationship’ dalam muka-buku. Maia tidak terkejut kerana berdasarkan perbualan di muka-buku boleh nampak yang Qi flirt-flirt dengan Maia..

Lalu Maia telah meminta pendapat Uniey sama ada menerima Qi atau pun tidak. Uniey memberi lampu hijau kepada Maia dengan mengatakan yang Qi adalah sesorang lelaki yang baik. Pada Uniey, dia gembira Qi mahu berkawan dengan Maia dan sangat berharap yang Qi mampu mengubati luka yang telah Saleem tinggalkan di hati Maia. Demi menjaga hati Uniey dan Qi, Maia menerima Qi sebagai teman baru nya. Walaupun tiada perasaan cinta walau sekelumit untuk Qi… Maia memujuk hatinya supaya menerima Qi seadanya dan berdoa semoga hubungan dengan Qi adalah yang terakhir hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke nafas terakhir. Maia juga berdoa supaya diterbitkan rasa cinta kepada Qi seikhlasnya selepas sahaja akad nikah dilafazkan. Pada Maia cinta selepas nikah itu adalah yang terbaik untuk jejaka bernama Qi..

Hubungan mereka berjalan lancar. Segala kisah cerita suka dan duka di kongsi bersama. Kisah bagaimana Qi ditinggalkan kekasih nya walaupun sudah berkawan selama tujuh tahun
kerana kononya tidak bersedia untuk commitment tetapi yang sebenarnya mempunyai kekasih lain juga turut diceritakan kepada Maia. Maia bersimpati. Kisah yang hampir sama dengan kisah diri nya. Maia berharap agar kisah kedukaan yang sama akan mampu membuatkan masing-masing saling menghargai dan menjaga hubungan dengan baik. Maia sentiasa cuba beri yang terbaik untuk Qi. Walaupun masih tiada rasa cinta hanyalah rasa rindu dan sayang namun Maia gembira. Maia enjoy memberi yang terbaik untuk Qi.

Sehinggalah suatu hari..


sambung lagi



1 comment:

  1. wah2..menarik2..cepat tau update lg..aku da kebosann skrg ni..da la kat opis xde keje..bosan betol..:)

    ReplyDelete

please leave your comment.. thank you!