Tuesday, March 01, 2011

Bila Indian Guy jumpa Malay Girl..


Suatu kisah masa masih study dulu.. On the way balik dari kampung ke shah alam.

Driver bas tu Indian. So ade lagi sorang Indian ni maybe co-driver. Dalam bas tinggal 2,3 orang je sebab yang lain dah turun kat kl so Indian guy tu ambik kesempatan berborak ngan aku. Muda lagi mamat tu.

Indian Guy (IG):  Hai you.. Borak boleh.
Aku:   Hai. Boleh. (blah)
IG:     You duduk shah alam study ke?
Aku:   A'ah study. 
IG:      You tau tak i suka tengok awek melayu.
Aku:   Iye? kenapa?
IG:     Dorang cun tau. 
Aku:   Indian girl pun cun la.. cantik-cantik.
IG:     I tak suka dorang la. Susah nak cari. Shah Alam mana ade awek india yang cun..
(cehh mamat ni kutuk kaum sendiri pulak..)
Aku:  Ade la.. kan ramai student india kat shah alam.
IG:     Eh mana ada. Kat mana? Uitm semua melayu. uitm kedekut. bagi melayu masuk je. lain tak bagi..
(cisss)

Tuesday, January 04, 2011

Hoii orang gem**!!

Biar la kalau ada sesape yang terasa dengan tajuk blog aku kali ni. Bukan nak menghina tapi nak bagi ingatan sesama manusia especially PEREMPUAN yang bujang. Kalau badan jenis chubby and sedap-sedap tu takpe tapi ni yang OBESITY terlampau.



Bagi sesapa yang dah terasa and nak melenting nanti dulu. Baca bagi habis.

 Kalau korang cakap camni :

BIAR LAH AKU GEMUK PUN, BUKAN NYA AKU SUSAHKAN ORANG.

Monday, December 06, 2010

MiMPi Lucah..

Malam tadi mimpi lucah..


Lucah = gigi + lu + pecah..


Lucah tu seekor kucing. kucing yang gigi taring nya dah pecah / patah

Thursday, December 02, 2010

RinDu ---> Boy



Sarah rindu kat boy..


Sampai habis botak bulu mata Boy gugur sebab Sarah setiap hari rindu kat Boy.


Tapi Boy buat-buat tak paham.


Sarah nak sedikit perhatian dari boy.


Tapi boy tak nak bagi.


Dia sibuk sangat. Sibuk dengan aktiviti lepas kerja. Main bowling.


Main game.

saya jatuh cinta

saya sudah jatuh cinta..


saya sudah jatuh cinta dengan kerja saya sekarang..


saya tak tau saya mampu tahan berapa lama disini..

Tuesday, November 30, 2010

Kamu yang Comel

Lupakan sekejap ‘sebuah kisah c****’..

Pagi tadi terbangun lambat nak g keja. Dalam kelam-kabut nak g kerja tu, masa turun tangga ada seekor kucing.. lebih kepada anak kucing yang dah besar sket la. Sempat la menyapa dan main-main kejap dengan kucing tu. Agak tertarik dengan kucing tu sebab kucing tu tak takut orang. Tak lari pun bila aku sapa. Kebiasaannya kucing-kucing kat kawasan perumahan tu semua akan lari bila orang cuba menyetuh mereka.

Kucing tu agak bersih muka dan badannya. Masa aku cuba angkat kucing tu, kucing tu sedikit mengerang seperti takut. Cehh dah lambat g keja pun sempat main ngn kucing. Suka punya pasal.. Bila dah diangkat baru perasan bahagian belakang kucing tu agak kotor dan comot, tak jadi nak peluk. Aku letak balik kucing tu elok-elok sambil pesan “balik nanti kita jumpa lagi ye awak yang comel”… dan aku pun terus turun tangga dengan agak laju, dah lambat kan. Kucing tu pun ikut aku turun sekali, cuba mengejar aku.

Tapi..

Tapi cara dia kejar aku sedikit lain. Dia turun n berlari dengan hanya menggunakan dua kaki depan sahaja. Bahagian belakang badan nya hanya di hempas ke lantai tangga tu.

Ya Allah.. Subhanaallah.. Bergenang air mata

Monday, November 29, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 5

Sehinggalah suatu hari Maia di hubungi oleh Kak Mel,  rakan sepejabat Qi. Maia sedikit pelik apabila tiba-tiba Kak Mel menelefon Maia bertanya khabar. Padahal hubungan nya dengan Kak Mel tidak lah begitu rapat. Sekadar makan semeja sekali jika Maia makan tengahari bersama Qi sekitar pejabat Qi. “lebih meriah jika makan ramai-ramai” kata Qi ketika Maia bertanya mengapa mengajak orang lain ketika mereka makan tengahari. Lebih pelik

Friday, November 26, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 4

Buat pengetahuan 'kisah c****' ini ditaip menggunakan telefon dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di dalam tren. Sampai loya-loya nak termuntah la menaip dalam tren yang bergoyang-goyang ni.
 Sambungan ‘kisah c****’..

Suatu hari, pengetua tadika tempat Maia mengajar telah memberi tugasan di luar kawasan. Maia dikehendaki menghadiri kursus anjuran kementerian pendidikan katanya. Pengetua memberi tugasan tersebut kepada Maia setelah melihat prestasi Maia sebagai guru sedikit merosot kebelakangan ini. Sambil-sambil berkursus boleh la Maia berjalan-jalan makan angin. Baik hati sungguh bos Maia ni. Kalau la bos aku camtuh...

Maia menerima tugas tersebut dengan sedikit berat hati kerana risau tidak mampu membawa tugas tu dengan baik. Namun demi tanggugjawab Maia turutkan juga. Tugasan luar kawasan itu telah membawa Maia ke selatan tanah air. Lagi la Maia risau. Tempat Saleem tu. Risau kalau akan terbuai dek kenangan dengan Saleem. Maia kuatkan semangat. Tugasan itu akan mengambil masa selama 5hari. Maia hanya berseorangan. 'Thanks ah pengetua. Dah la aku tengah serabut leh plak hantar aku sorang-sorang g kursus neh. Nasib baik leh claim' hati Maia berbisik. Maia telah check in ke hotel cap ayam. Murah sikit ye tak? Buat pe nak membazir...  

Wednesday, November 24, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 3

Atas permintaan ramai - ceh padahal Dat sorang je nak hahaha, kisah C**** akan disambung.. Enjoy!

Menyedari akan kesedihan Maia, teman rapat Maia banyak memberi kata-kata semangat. Malah anak murid Maia juga seolah-olah memahami Maia dalam keadaan sedih dan murung. Student Maia buat dek je bila Maia mengajar kerana mereka tahu banyak yang Maia ajar itu salah belaka.

Mereka tahu ajaran-ajaran Maia salah kerana Fendi salah seorang murid Maia telah pergi ke zoo bersama keluarganya. Apabila Fendi ternampak gajah terus fendi menjerit "ibu.. Ibu.. Tu mak bedah bu. Besarnya mak bedah bu!". Terkejut besar ibu kepada fendi lalu terus memarahi Fendi "Fendi. Kenapa cakap gajah tu ibu?! Dah jom balik!" Merah padam muka ibu Fendi yang bernama Puan Zabedah itu terus menarik tangan Fendi dan suaminya keluar dari zoo. Ibu Fendi sungguh terasa dengan kata-kata Fendi kerana beliau sememangnya seorang 3G - gemuk gempal gagah (sebab xberapa nak gebu). 

Tuesday, November 23, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 2

Seperti hari-hari sebelum nya, Maia seperti biasa menanti panggilan dari Saleem. Bukan Maia tak mahu call Saleem tapi sudah menjadi kebiasaan sampai sahaja Maia di tadika, Saleem akan menghubungi Maia. Tidak lama, cukup untuk bertanya khabar and say miz u luv u. 


Seminit bertukat sejam, sejam bertukar berjam-jam, namun panggilan dari Saleem tak kunjung tiba. Maia yang mula nya konon nak merajuk, tak jadi merajuk. Maia menghubungi Saleem. Namun tiada yang menyahut. Berulang kali Maia cuba menghubungi Saleem. 


Maia semakin gelabah mak bedah. Kerja pun tak fokus. Mengajar kat budak tadika pun melalut jadinya. Ade ke gambar gajah di katanya gambar mak bedah jiran sebelah rumah. Ish ish... Keadaan tu berlanjutan sampai berhari-hari. Kalau call pun dah xde bunyi beep- maknanya telefon Saleem dah tak de bateri. Maia cukup risau, dah pikir bukan-bukan. Setiap hari datang kerja dengan mata bengkak sebab tak cukup tidur dan menangis. 


Maia juga cuba menghubungi kawan kepada Saleem. Tapi menurut kawan Saleem yang agak kiut jugak tu dia pn tak dapat menembusi talian Saleem. Pehh 'menembusi' tu. Hahaha. Ok ok serius.