Friday, May 04, 2012

Biawak Oh Biawak..

Assalamualaikum..sikit punya lama kan x hapdet blog... nak masuk setaun.. siap lupa password lah nak login..

Sape pernah berhutang?? Sape pernah orang hutang? Aku pernah berhutang.. pernah hutang singgit, hutang sratus ringgit, beringgit-ringgit la.tapi Alhamdulillah.. x pernah x bayar. syukur semua selamat di bayar. kecuali ptptn blom habis bayar lagi.. tapi.. ada sorang staff kat opis aku ni. kerja kerani tapi pakai iPhone 4s bagai. Fon biasa najis hokey. Masalahnye suka hidup atas orang lain. Ni atas pengakuan dia sendiri.

Contoh - "aku hisap rokok. tapi aku tak akan beli rokok dengan duit gaji aku. aku akan cari point untuk member aku belikan aku rokok"
Lagi contoh - "aku malas nak keluar dengan minah tu sebab kalau keluar dengan minah tu aku yang kena keluar duit"

Nurul, salah sorang mangsa mamat kerani @ biawak hidup ni yang bekerja as executive pun pernah bagitau, kalau keluar dengan mamat kerani ni, memang Nurul yang akan keluar duit. Duit makan, duit wayang, duit parking kereta, duit minyak. Mungkin disebabkan dah banyak keluar duit untuk si biawak ni, si Nurul ingat yang mereka ni mempunyai hubungan istimewa. Bila si biawak ni dah bosan dengan si Nurul, si biawak ni cari orang lain pulak. Bila si biawak ni rapat dengan mangsa lain, si Nurul sound si mangsa dengan mengatakan yang biawak tu her boyfriend and its already 2 years. WHAT??? 


Si mangsa, Aina yang juga bekerja taraf executive yang memang dah perasan perangai si biawak tu cakap kat Nurul yang dia takde ape2 hubungan dengan si biawak. memang Aina and biawak pernah rapat tapi tak de la sampai ber-couple. Aina pun dah bosan dengan perangai biawak yg baran + suka pow duit tu pun menjauhkan diri dari si biawak ni. Bila Aina tuntut hutang dari biawak, biawak maki2 cakap tak akan bayar walau sesen pun.. Si biawak cari point dengan macam-macam alasan. ungkit segala duit minyak kereta yang pernah biawak bawak Aina pergi ke mana2.. biawak maki hamun Aina and ugut Aina nak sebarkan fitnah.


 Aina menyesal tak sudah. Aina ralat kenapa dia kenal and berkawan dengan biawak. Aina ikhlas berkawan dengan biawak sebab yela kerani dengan exec kan jauh pangkat tu. Setelah Aina menjauhkan diri dari biawak, guess biawak buat apa? yezzzzaaa dia kembali ke Nurul. sebab?? sebab dia dah kehilangan Aina yang selalu support him for everything. And sekarang setelah maki hamun Nurul, setelah menafikan yang Nurul tu girlfriend dia, dia kembali ke Nurul. And Nurul still terima biawak. weird kan? 

Aina menganggap biawak adalah sejahat-jahat manusia yang pernah Aina kenal. Sekian..


Thursday, July 14, 2011

E.M.O.

Satu perkara yang paling aku TAK SUKA ialah tunggu orang.  
Ini seriusssss *via wonderpet voice..
Faham tak? Tunggu.. Menunggu.. Dungu ….

Bangunan office aku terbahagi dua..  IT department pun terbahagi dua. Satu bangunan sebelah, satu lg bangunan sebelah. So bila nak lunch tu kitorang kena deal set time siap-siap.
Memandangkan aku ni sikit punctual, aku akan turun on time. But bila aku dah kat bawah, aku kena tunggu dorang turun pulak. Kalau sekejap takpe. Ni sampai 15 minit. Bukan ke kalau 15 minit tu aku boleh sambung keja coding lagi. Kn?
Bila dorang turun sorang minah ni cakap “tadi nak turun dah. Tapi tunggu awek lagi sorang ni sangkut jap kat atas”..
Yang aku marah sangat tu, apa salah nye sorang tu turun dulu tunggu sama-sama dengan aku kat bawah. Tak de la aku tercongok tunggu sorang-sorang kat bawah kan?? Yang kat atas tu kalau masih ada kerja, biar la dia setelkan kerja dia ye dak??

Since aku ni TAK SUKA menunggu, maka aku cam sakit hati la kan.. dorang boleh nampak muka aku dah ketat. Tapi selalunya aku diam je. Tak pernah marah-marah.  Dalam seminit dua minit nanti aku boleh je gelak cam biase. Tak mintak pun dorang pujuk aku.

kau!! ye kau la orang nya!!

Tuesday, March 01, 2011

Bila Indian Guy jumpa Malay Girl..


Suatu kisah masa masih study dulu.. On the way balik dari kampung ke shah alam.

Driver bas tu Indian. So ade lagi sorang Indian ni maybe co-driver. Dalam bas tinggal 2,3 orang je sebab yang lain dah turun kat kl so Indian guy tu ambik kesempatan berborak ngan aku. Muda lagi mamat tu.

Indian Guy (IG):  Hai you.. Borak boleh.
Aku:   Hai. Boleh. (blah)
IG:     You duduk shah alam study ke?
Aku:   A'ah study. 
IG:      You tau tak i suka tengok awek melayu.
Aku:   Iye? kenapa?
IG:     Dorang cun tau. 
Aku:   Indian girl pun cun la.. cantik-cantik.
IG:     I tak suka dorang la. Susah nak cari. Shah Alam mana ade awek india yang cun..
(cehh mamat ni kutuk kaum sendiri pulak..)
Aku:  Ade la.. kan ramai student india kat shah alam.
IG:     Eh mana ada. Kat mana? Uitm semua melayu. uitm kedekut. bagi melayu masuk je. lain tak bagi..
(cisss)

Tuesday, January 04, 2011

Hoii orang gem**!!

Biar la kalau ada sesape yang terasa dengan tajuk blog aku kali ni. Bukan nak menghina tapi nak bagi ingatan sesama manusia especially PEREMPUAN yang bujang. Kalau badan jenis chubby and sedap-sedap tu takpe tapi ni yang OBESITY terlampau.



Bagi sesapa yang dah terasa and nak melenting nanti dulu. Baca bagi habis.

 Kalau korang cakap camni :

BIAR LAH AKU GEMUK PUN, BUKAN NYA AKU SUSAHKAN ORANG.

Monday, December 06, 2010

MiMPi Lucah..

Malam tadi mimpi lucah..


Lucah = gigi + lu + pecah..


Lucah tu seekor kucing. kucing yang gigi taring nya dah pecah / patah

Thursday, December 02, 2010

RinDu ---> Boy



Sarah rindu kat boy..


Sampai habis botak bulu mata Boy gugur sebab Sarah setiap hari rindu kat Boy.


Tapi Boy buat-buat tak paham.


Sarah nak sedikit perhatian dari boy.


Tapi boy tak nak bagi.


Dia sibuk sangat. Sibuk dengan aktiviti lepas kerja. Main bowling.


Main game.

saya jatuh cinta

saya sudah jatuh cinta..


saya sudah jatuh cinta dengan kerja saya sekarang..


saya tak tau saya mampu tahan berapa lama disini..

Tuesday, November 30, 2010

Kamu yang Comel

Lupakan sekejap ‘sebuah kisah c****’..

Pagi tadi terbangun lambat nak g keja. Dalam kelam-kabut nak g kerja tu, masa turun tangga ada seekor kucing.. lebih kepada anak kucing yang dah besar sket la. Sempat la menyapa dan main-main kejap dengan kucing tu. Agak tertarik dengan kucing tu sebab kucing tu tak takut orang. Tak lari pun bila aku sapa. Kebiasaannya kucing-kucing kat kawasan perumahan tu semua akan lari bila orang cuba menyetuh mereka.

Kucing tu agak bersih muka dan badannya. Masa aku cuba angkat kucing tu, kucing tu sedikit mengerang seperti takut. Cehh dah lambat g keja pun sempat main ngn kucing. Suka punya pasal.. Bila dah diangkat baru perasan bahagian belakang kucing tu agak kotor dan comot, tak jadi nak peluk. Aku letak balik kucing tu elok-elok sambil pesan “balik nanti kita jumpa lagi ye awak yang comel”… dan aku pun terus turun tangga dengan agak laju, dah lambat kan. Kucing tu pun ikut aku turun sekali, cuba mengejar aku.

Tapi..

Tapi cara dia kejar aku sedikit lain. Dia turun n berlari dengan hanya menggunakan dua kaki depan sahaja. Bahagian belakang badan nya hanya di hempas ke lantai tangga tu.

Ya Allah.. Subhanaallah.. Bergenang air mata

Monday, November 29, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 5

Sehinggalah suatu hari Maia di hubungi oleh Kak Mel,  rakan sepejabat Qi. Maia sedikit pelik apabila tiba-tiba Kak Mel menelefon Maia bertanya khabar. Padahal hubungan nya dengan Kak Mel tidak lah begitu rapat. Sekadar makan semeja sekali jika Maia makan tengahari bersama Qi sekitar pejabat Qi. “lebih meriah jika makan ramai-ramai” kata Qi ketika Maia bertanya mengapa mengajak orang lain ketika mereka makan tengahari. Lebih pelik

Friday, November 26, 2010

Sebuah Kisah C**** - part 4

Buat pengetahuan 'kisah c****' ini ditaip menggunakan telefon dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di dalam tren. Sampai loya-loya nak termuntah la menaip dalam tren yang bergoyang-goyang ni.
 Sambungan ‘kisah c****’..

Suatu hari, pengetua tadika tempat Maia mengajar telah memberi tugasan di luar kawasan. Maia dikehendaki menghadiri kursus anjuran kementerian pendidikan katanya. Pengetua memberi tugasan tersebut kepada Maia setelah melihat prestasi Maia sebagai guru sedikit merosot kebelakangan ini. Sambil-sambil berkursus boleh la Maia berjalan-jalan makan angin. Baik hati sungguh bos Maia ni. Kalau la bos aku camtuh...

Maia menerima tugas tersebut dengan sedikit berat hati kerana risau tidak mampu membawa tugas tu dengan baik. Namun demi tanggugjawab Maia turutkan juga. Tugasan luar kawasan itu telah membawa Maia ke selatan tanah air. Lagi la Maia risau. Tempat Saleem tu. Risau kalau akan terbuai dek kenangan dengan Saleem. Maia kuatkan semangat. Tugasan itu akan mengambil masa selama 5hari. Maia hanya berseorangan. 'Thanks ah pengetua. Dah la aku tengah serabut leh plak hantar aku sorang-sorang g kursus neh. Nasib baik leh claim' hati Maia berbisik. Maia telah check in ke hotel cap ayam. Murah sikit ye tak? Buat pe nak membazir...